PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

MAJLIS BACAAN YAASIN UNTUK KESEJAHTERAAN WARGA JAS

DOE Terengganu 30/06/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS BACAAN YAASIN UNTUK KESEJAHTERAAN WARGA JAS
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/06/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 16 Jun 2022 – Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli Abd. Rahman telah hadir pada Majlis Bacaan Yaasin yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JAS Terengganu. Majlis  yang menjadi rutin pada setiap hari Khamis ini, merupakan platform kepada seluruh warga JAS Terengganu untuk mengutarakan sebarang isu berkaitan dengan tugas harian dan kebajikan kakitangan. Pada majlis ini juga, seluruh warga JAS Terengganu dapat mendengar amanat Tuan Pengarah kepada seluruh warga JAS Terengganu agar terus memperkasakan tindakan menangani pencemaran mengikut bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta  dalam masa yang sama terus menjaga integriti semasa melaksanakan tugas. Perkara ini juga amat ditekankan dalam sesi pertemuan dengan Ketua Pengarah Alam Sekitar, YBhg. Encik Wan Abdul Latif  Wan Jaffar, semasa lawatan kerja ke Jas Terengganu pada selasa lalu. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasterengganu    

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan