Penerangan
KUALA TERENGGANU, 14 Jun 2022 – YBrs. Encik Ramli Abd. Rahman, Pengarah JAS Negeri Terengganu telah mengetuai Ops Teras bersama Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu hari ini
Ops Teras ini juga, turut disertai oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar, YBhg.En Wan Abdul Latif Wan Jaffar, Tn Hj Shafe'ee Yasin, Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Puan Hafizah Yahya@Ab Rahim, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, wakil bahagian Penilaian, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Unit Integriti dan pegawai-pegawai kanan JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri Terengganu.
Tujuan utama Ops Teras ini adalah untuk memperkasakan keupayaan tadbir urus JAS sebagai agensi penguatkuasa dan melaksanakan pemantauan bagi mencegah dan mengawal pencemaran secara proaktif, bersasar dan strategik.
Ops ini berteraskan kepada pengukuhan keupayaan sumber mausia, peningkatan ketersediaan logistik dalam pemantauan dan penguatkuasaan pintar (smart enforcement), kemudahan pejabat dan meningkatkan budaya kerja JAS yang berdisiplin, integriti dan professional.
Tuan Pengarah dan seluruh warga JAS Terengganu merakamkan ucapan terima kasih di atas komitmen dan sokongan pengurusan tertinggi JAS Ibu Pejabat dan pegawai-pegawai kanan turun padang dalam menangani isu- isu pencemaran secara bersama dan jelas dan telus.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama