PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KPAS MENGADAKAN LAWATAN KERJA KE JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/06/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KPAS MENGADAKAN LAWATAN KERJA KE JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/06/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

  KUALA TERENGGANU, 13 Jun 2022 – YBhg. Encik Wan Abdul Latif bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia,  telah melakukan lawatan kerja ke pejabat JAS Negeri Terengganu hari ini. Lawatan kerja  yang dijadualkan selama 2 hari ini, padat dengan agenda-aganda yang disusun rapi dalam memanfaatkan lawatan kerja beliau ke negeri ini terutama berkaitan dengan isu-isu pencemaran yang perlu ditangani bersama. Pada sesi lawatan ini,  beliau telah menyampaikan amanat kepada seluruh warga JAS Terengganu agar terus menjaga integriti semasa melaksanakan tugas dan terus memperkasakan tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tuan Pengarah dan seluruh warga JAS Terengganu merakamkan ucapan terima kasih di atas komitmen dan sokongan pengurusan tertinggi JAS Ibu Pejabat dan pegawai-pegawai kanan yang  turun padang dalam mendengar dan menangani isu- isu pencemaran secara bersama dengan  jelas dan telus.   #KementerianAlamSekitarDanAir #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan