PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

MESYUARAT TASK FORCE PELESENAN PYDT-KKS

DOE Terengganu 30/06/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT TASK FORCE PELESENAN PYDT-KKS
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/06/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 16 Jun 2022- Mesyuarat Task Force Pelesenan, Premis Yang Ditetapkan (PYDT) bagi Kilang Kelapa Sawit (KKS) di negeri ini, telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, JAS Terengganu. Tuan Pengarah JAS Terengganu, YBrs. Encik Ramli Abd. Rahman telah mempengerusikan mesyuarat ini. Mesyuarat turut dihadiri bersama Ketua Cawangan Kemaman, Encik Wan Azuan Wan Omar dan pegawai-pegawai kanan di Bahagian Operasi. Mesyuarat telah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pematuhan setiap premis kilang kelapa sawit, yang telah dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Hasil mesyuarat ini, ketetapan dalam kelulusan permohonan pembaharuan lesen bagi tempoh 1 Julai 2022 hingga 30 Jun 2023 telah  diputuskan. Jabatan ini komited melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan membuat pemantauan di lapangan dan sentiasa memantau pematuhan premis ini melalui sistem yang dibangunkan secara atas talian iaitu  OER, eSWIS, CEMS, IREMOTE, dan EMAINS. #KementerianAlamSekitarDanAir #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan