Penerangan
KUALA TERENGGANU, 25 Jun 2022 – JAS Terengganu telah menyampaikan ceramah bertajuk “E-waste Environment Talk” anjuran Syarikat Aims-Global Holdings Sdn. Bhd. bertempat di Pulau Duyong Jetty Terminal.
Seramai 44 orang kakitangan yang terdiri daripada pihak pengurusan telah hadir pada ceramah ini.
Program ini merupakan komitmen pihak penganjur dalam memenuhi perancangan tahunan Health,Safety,Security And Environment (HSSE) bagi tahun 2022 syarikat berkenaan.
JAS Terengganu merakamkan ucapan terima kasih di atas jemputan dan komitmen serta sokongan syarikat berkenaan dalam memastikan pengurusan buangan terjadual mengikut undang-undang yang telah ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama