Penerangan
KUALA TERENGGANU, 6 Jun 2022 – Siasatan aduan pembakaran terbuka telah dijalankan di Kg. Chendering, Kuala Terengganu mendapati aduan berasas. Penduduk terbabit telah diberi amaran dan banner serta risalah larangan pembakaran terbuka telah diedarkan.
Selain itu, siasatan aduan pembakaran terbuka di Kg Nyior, Tebing Tembah, Paka, mendapati aktiviti pembuatan arang daripada tempurung telah dijalankan oleh penduduk. Surat amaran telah dikeluarkan pada penduduk terbabit supaya tidak melakukan pembakaran terbuka. Risalah turut diedarkan dan banner larangan pembakaran terbuka juga dipasang.
Pemantauan ke atas kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Paka dan Kg. Cacar tiada pencemaran habuk dan bau dari kerja-kerja blasting dan mengecat dikesan.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu