Penerangan
BALOK, 25 Jun 2022 - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gebeng hadir menyertai Program Pembersihan Pantai Beserah dan Terumbu Tiruan Tukun Cabang anjuran bersama Petronas, Petronas Gas Berhad dan Petronas Chemical MTBE.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk generasi akan datang.
Selain daripada pembersihan di kawasan persisiran Pantai Beserah, pihak penganjur juga membuat pembersihan terumbu karang untuk membuang jaring ikan yang terbiar dan sampah sarap di sekeliling tapak terumbu tiruan (Tukun Cabang, LKIM).
Jumlah sampah sarap yang berjaya dikumpulkan semasa program pembersihan adalah sebanyak 325 kg didalam lingkungan jarak 1 KM.