Penerangan
20 Jun 2022 - Satu lawatan ke tapak projek bagi cadangan pembangunan yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Lokasi tapak projek adalah di Mukim Sabai, Daerah Bentong, Pahang Darul Makmur. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan isu-isu berkaitan cadangan projek di atas tapak yang dicadangkan dan mengesahkan maklumat-maklumat yang dinyatakan dalam Bidang Rujukan yang telah dikemukakan oleh Jururunding EIA. Lawatan ini telah dihadiri oleh wakil JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri Pahang, JAS Cawangan Temerloh, Penggerak Projek dan Jururunding EIA.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#BahagianPenilaian
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#MalaysiaLestari2030