Penerangan
Tujuan mesyuarat adalah untuk pemakluman dan mendapatkan maklumbalas daripada JK Teknikal (Task Force) berkaitan dan JAS Negeri mengenai draf Perintah di atas, iaitu berkaitan dengan pengurusan bahan berbahaya (EHS) di bawah bidang kuasa JAS. Pembentukan Perintah ini akan memudahkan Malaysia memenuhi obligasi negara ke atas kehendak Multilateral Environmental Agreements (MEAs) berkaitan seperti Konvensyen Rotterdam, Stockholm dan Minamata.
Bengkel ini juga dapat menjustifikasikan draf perintah tersebut secara menyeluruh dan kehendak MEAs (multilateral environmental agreements) seperti Rotterdam, Stockholm dan Minamata Konvensyen dapat dipenuhi.