PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

TAKLIMAT PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA SIRI 2/2022 ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA (JPNM)

DOE Melaka 27/06/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAKLIMAT PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA SIRI 2/2022 ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA (JPNM)
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
27/06/2022
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

22 Jun 2022, MELAKA - Satu program taklimat berkaitan pengurusan buangan terjadual telah disampaikan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka bertempat di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM). Sesi taklimat ini dihadiri oleh Unit Pengurusan JPNM dan guru-guru sekolah di negeri Melaka. Taklimat ini bertujuan bagi memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada sekolah-sekolah supaya melupuskan bahan buangan terjadual mengikut prosedur yang ditetapkan. Antara tajuk yang diberikan ketika taklimat adalah:- 1) Pengenalan kepada Pengurusan Buangan Terjadual Dalam Jadual Pertama, Peraturan Kualiti Alam Sekitar 2005; 2) Larangan pembakaran terbuka; 3) Pengurusan Bahan Buangan Elektrikal dan Elektronik (E-Waste); 4) Penggunaan Sistem eSWIS (Electronic Scheduled Waste Information System) dan; 5) Perkongsian senarai syarikat pelupusan yang melibatkan E-waste Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih atas penganjuran dan kerjasama bersama bagi yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan