Penerangan
Satu sesi lawatan tapak telah diadakan bertarikh 21 Jun 2022 (Selasa) melibatkan pihak Jabatan Alam Sekitar Putrajaya selaku urusetia, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor , Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pengerang, penggerak projek dan jururunding EIA .
Lawatan tapak dijalankan di satu lokasi yang terletak di Ulu Sungai , Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Satu taklimat oleh jururunding EIA telah diadakan di checkpoint pertama tempat berkumpul sebelum kesemua yang terlibat bergerak ke tapak cadangan projek.
Lawatan tapak ini mengambil kira isu sensitive receptor, takat pengambilan air dan beberapa isu penting yang perlu diambilkira sebelum sesuatu cadangan projek boleh dilaksanakan.
Tujuan lawatan adalah untuk memeriksa keadaan semasa tapak projek dan lokasi-lokasi yang berkaitan dengan kesan impak alam sekitar disebabkan oleh projek ini, bagi memastikan maklumat yang ada di tapak cadangan projek menepati kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum laporan EIA diluluskan.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#BahagianPenilaian
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#MalaysiaLestari2030