Penerangan
16 JUN 2022, Mukah - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak telah dijemput ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah Bil 3/2022 bagi menyampaikan taklimat persediaan Program Ujicuba & Latih Amal Prosedur Tetap Operasi (SOP) Bagi Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran di Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu dan Mesyuarat Penyelarasan Program Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut Mudah Terbakar Bil 2/2022. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Residen Mukah mewakili Residen Mukah selaku Pengerusi Bencana Peringkat Bahagian dan dihadiri oleh agensi-agensi di dalam Jawatankuasa Bencana Peringkat Bahagian Mukah.
Taklimat bertujuan bagi memaklumkan keperluan-keperluan dan penglibatan Jawatankuasa Bencana Peringkat Bahagian di dalam program yang akan diadakan pada 28 & 29 Jun 2022 di Petian, Jalan Mukah-Oya, Mukah.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitarMalaysia
#JASSarawak
#AlamSekitarTanggungjawabBersama