Penerangan
18 Jun 2022, Kangar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah dijemput untuk bersama-sama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bagi menjayakan Program Gotong-Royong dan Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Negeri Perlis 2022.
Program telah disertai oleh agensi kerajaan, swasta, badan NGO dan orang awam. Program ini turut diisi dengan aktiviti senaman pagi, ceramah, pemeriksaan kesihatan dan pertandingan kutip jentik-jentik serta aktiviti kutip sampah sambil riadah (KUDAH) di sekitar kawasan Sungai Perlis, pasar, PPR Sena dan kawasan berhampiran. Tujuan gotong royong diadakan untuk meningkatkan kebersihan serta menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Perasmian disempurnakan oleh Exco Kesihatan, Sumber Asli & Alam Sekitar, Bioteknologi Dan Teknologi Hijau, YB Teh Chai Aan.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_jun2022