Penerangan
Kota Tinggi, 19 Jun 2022: Unit Pengawasan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan persampelan air tanah bagi 1 stesen di Kota Tinggi dan 2 stesen di Pasir Gudang, Johor. Aktiviti persampelan ini dijalankan untuk memantau tahap kualiti air tanah sepertimana yang dirancang bagi Program Pengawasan Kualiti Air Tanah Q2/2022.