Penerangan
Gelang Patah, 15 Jun 2022 : Penguatkuasaan dan pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis yang bukan ditetapkan yang berasaskan makanan, berdasarkan penerimaan dokumen Akuan Bertulis di bawah Peraturan 5, Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Efluen Perindustrian) 2009.
Hasil penguatkuasaan dan pemeriksaan verifikasi dua (2) "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil tindakan untuk menyemak semula dan melengkapkan rekod pemantauan prestasi SPEP dan mengemukakan semula Pemberitahuan Bertulis di bawah Peraturan 4, PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009.
Jabatan ingin mengingatkan bahawa pengoperasian sesuatu sistem alat kawalan tidak terhad kepada pelepasan akhir, tetapi juga sistem harus dipantau secara keseluruhan.