Penerangan
Iskandar Puteri, 14 Jun 2022 : Pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis yang berasaskan baikpulih komponen berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati pihak premis dan perunding mengemukakan maklumat yang perlu dilengkapkan pada lukisan "as-built". Pemeriksaan lapangan mendapati penggahar tidak dibina mengikut spesifikasi ditetapkan dan alat pemantauan prestasi tidak berfungsi dengan baik.
Pemeriksaan SPEP dijalankan mendapati terdapat banyak paip boleh alih dan takat pelepasan akhir tidak mengikut spesifikasi.
Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan pembetulan pada lukisan kejuruteraan dan rekod pemantauan prestasi mengikut rekabentuk dan operasi yang dicadangkan.