Penerangan
18 Jun 2022 - Rakan Alam Sekitar telah menyertai pameran yang dianjurkan oleh Berjaya Sompo Insurance di Kompleks Membeli Belah 1 Utama, Damansara, Selangor sempena dengan kempen "Windscreen Repair Roadshow". Kami menjalankan kempen kesedaran mengenai pengurusan buangan sisa elektrik dan elektronik dari isi rumah (household e-waste) dan mempromosikan keahlian Rakan Alam Sekitar. Terima kasih atas sambutan yang amat menggalakkan.
Ingin mengetahui mengenai buangan sisa elektrik dan elektronik dari isi rumah (household e-waste) ? Dapatkan maklumat mengenai pusat pengumpulan buangan tersebut berhampiran dengan kawasan perumahan anda dengan melayari laman web ewaste.doe.gov.my. Buangan sisa elektrik dan elektronik dari isi rumah adalah seperti buangan televisyen, peti sejuk, komputer, telefon bimbit dan sebagainya. Pelupusan buangan dengan cara yang betul dan selamat dapat menyelamatkan alam sekitar dari pencemaran. Anda mampu mengubahnya.
Adakah anda telah menjadi ahli Rakan Alam Sekitar? Jika belum, daftarlah segera di myras.doe.gov.my dan ianya percuma. Dapatkan maklumat mengenai program-program kesedaran alam sekitar yang dianjurkan dan anda boleh menyertainya. Sertailah sebahagian dari 161,678 ahli Rakan Alam Sekitar berdaftar. Jangan tunggu lagi. Daftar sekarang !!