Penerangan
KANGAR, 3 Jun 2022 - Ops Gempur kali ini telah diadakan pada 24 sehingga 26 Mei 2022 ke atas premis-premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di negeri Perlis.
Hasil operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas lapan belas (18) premis dan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap premis adalah arahan lapangan sebanyak lapan belas (18), dua (2) notis arahan dan satu (1) kompaun.
Dengan pelaksanaan Ops Gempur ini dan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil diharapkan dapat meningkatkan pematuhan kendiri oleh semua pihak khususnya industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak yang berkenaan.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#jasperlis_jun2022