Penerangan
LIPIS, 15 JUN 2022 - Pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Cameron Highlands bersama Majlis Daerah Lipis segera ke lokasi disyaki memproses sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram. Hasil siasatan mendapati premis menjalankan kerja-kerja melebur e-waste jenis printed circuit board (PCB) untuk mendapatkan logam berharga.
Penahanan Kelengkapan Operasi di bawah Seksyen 38(1)(a) telah diambil terhadap 2 unit relau (furnace) untuk menghentikan pencemaran. Sisa buangan e-waste juga telah disita untuk siasatan lanjut.
Kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 34B, Seksyen 34A, Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005.