Penerangan
TANAH RATA, 13 Jun 2022 - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Cameron Highlands menjalankan siasatan penguatkuasaan terhadap projek kerja tanah yang tertakluk EIA.
Tindakan Notis Arahan dan kompaun telah dikeluarkan kepada pemaju bagi memastikan pematuhan terhadap akta dan peraturan yang berkaitan.
Persampelan air di alur air yg melalui tapak projek juga telah dilaksanakan untuk dianalisa.
JAS mengingatkan kepada semua penggerak projek agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.