PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

SESI LIBAT URUS BAGI MENCEGAH DAN MENANGANI MASALAH PEMBAKARAN TERBUKA ANJURAN JAS NEGERI SEMBILAN

DOE Negeri Sembilan 17/06/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS BAGI MENCEGAH DAN MENANGANI MASALAH PEMBAKARAN TERBUKA ANJURAN JAS NEGERI SEMBILAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
17/06/2022
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

SESI LIBAT URUS BAGI MENCEGAH DAN MENANGANI MASALAH PEMBAKARAN TERBUKA ANJURAN JAS NEGERI SEMBILAN 16 Jun 2022, Seremban - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Agensi Berkepentingan Serta Sidang Media Bersama Pengamal Media Bagi Mencegah Dan Menangani Masalah Pembakaran Terbuka. Sesi Libat Urus ini telah dipengerusikan oleh YB Tuan Veerapan a/l Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan. Turut hadir memberikan penerangan dalam sesi ini adalah Pejabat Meteorologi Negeri Sembilan dan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sesi libat urus ini diadakan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama antara JAS dan agensi berkepentingan yang lain seperti agensi kerajaan, swasta dan pengamal media dalam pengurusan masalah pembakaran terbuka.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan