Penerangan
KUANTAN, 10 Jun 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dijemput untuk merasmikan Program "TLMK Green Veggie Farm" bertempat di TDK-Lambda Malaysia Sdn Bhd.
Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia TDK-Lambda Malaysia Sdn. Bhd dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menjalankan aktiviti "TLMK Green Veggie Farm" iaitu menanam sayur-sayuran dengan kaedah guna semula air hujan dan kitar semula sisa makanan untuk digunakan sebagai baja kompos bagi tujuan meningkatkan kesedaran penanaman hijau dan kitar semula sumber dikalangan pekerja TDK-Lambda Kuantan.