PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

BENGKEL UJI SEMULA PTO OPERASI MELAKSANAKAN PROGRAM MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT UNTUK MENGATASI JEREBU DAN PELAN TINDAKAN KEBANGSAAN (PTPTK) PERINGKAT NEGERI PAHANG

DOE Pahang 17/06/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL UJI SEMULA PTO OPERASI MELAKSANAKAN PROGRAM MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT UNTUK MENGATASI JEREBU DAN PELAN TINDAKAN KEBANGSAAN (PTPTK) PERINGKAT NEGERI PAHANG
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
17/06/2022
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang

Penerangan

PEKAN, 9 Jun 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang menganjurkan Mesyuarat dan Bengkel Uji Semula Prosedur Tetap Operasi (PTO) bagi melaksanakan Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu dan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang 2022. Bengkel yang diadakan pada 8-9 Jun 2022 di Hotel Ancasa Royale, Pekan, Pahang Darul Makmur telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Samsudin, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang. Bengkel dihadiri oleh jabatan dan agensi teknikal yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam PTO Melaksanakan Program Bagi Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu dan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan. Objektif bengkel ini adalah untuk memperkemaskan setiap agensi pelaksana memahami dengan jelas tugas dan tanggungjawab di dalam PTO tersebut dan menilai keberkesanan PTO sedia ada. Selain daripada penganjuran bengkel ini sebagai platform mengeratkan lagi kerjasama antara jabatan dan agensi yang telah sedia terjalin. Pada Bengkel ini Jabatan Alam Sekitar juga melancarkan dokumentari berkenaan Pengurusan Tanah Gambut Negeri Pahang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan