Penerangan
13 Jun 2022 - Pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka dan rondaan penguatkuasaan selepas waktu pejabat di sekitar kawasan jalan Emas dan Pusat Industri Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur bermula jam 6 petang hingga 1 pagi. Hasil rondaan dan siasatan pegawai, mendapati tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan pencemaran oleh kilang-kilang di kawasan rondaan.
Jabatan Alam Sekitar sentiasa memberi peringatan kepada orang awam mengenai larangan melakukan aktiviti pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Sekiranya sabit kesalahan mereka yang melakukan pembakaran terbuka boleh denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000.00 juga boleh dikenakan ke atas setiap kesalahan tersebut.