PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM HANYA SATU BUMI SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA DAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2022

DOE Melaka 17/06/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM HANYA SATU BUMI SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA DAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
17/06/2022
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

11 JUN 2022, MELAKA - Program Hanya Satu Bumi sempena Hari Alam Sekitar Sedunia dan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri Melaka tahun 2022 telah diadakan pada hari ini bertempat di Pusat Pendidikan Biodiversiti Tanjung Tuan. Pelbagai pengisian program telah diadakan seperti Let's get fit, Hiking 'Walk for Life' ke rumah api Tanjung Tuan , KUDAH dan penanaman 400 pokok bakau di Hutan Simpan Tanjung Tuan telah diadakan. Program yang mendapat penyertaan seramai 250 orang yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, SMK Durian Tunggal, ahli-ahli Malaysian Nature Society dan orang awam. Program yang dirasmikan oleh YB Tn. Hj. Rosli bin Abdullah, ADUN Kuala Linggi ini adalah anjuran bersama Jabatan Perhutanan Melaka dan rakan-rakan strategik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Negeri Melaka, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, SWCorp, Linggi Base Sdn. Bhd, Kilang Makanan Mamee Sdn Bhd, Ciri Selasih Sdn. Bhd, Uniti Consultants Sdn. Bhd, Afy Haniff Sdn. Bhd, Meriahtek Sdn. Bhd, Malaysian Nature Society, Southern Waste Management dan Majlis Perbandaran Alor Gajah. Semoga dengan penganjuran program sebegini dapat memupuk generasi muda dan belia untuk melestarikan alam sekitar.