Penerangan
3 Jun 2022, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Aeon Mall Shah Alam telah mengadakan kempen kesedaran alam sekitar bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 Peringkat Negeri Selangor bermula 3 hingga 6 Jun 2022 bertempat di Aeon Mall, Shah Alam. Kempen kesedaran ini telah dirasmikan oleh Y.Brs. Puan Nor Aziah Binti Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Kempen ini juga turut disertai oleh Fakulti Sains dan Matematik daripada Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran alam sekitar, program pengumpulan e-waste, kempen 'plastic busters'dan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS)