Penerangan
4 Jun 2022 (Sabtu), Klang - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menganjurkan Program Komuniti Kesedaran Pengurusan Tanah Gambut dan Larangan Pembakaran Terbuka bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 Peringkat Negeri Selangor di Dewan Bunga Kantan, Kampung Johan Setia, Klang.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan kepada penduduk sekitar terutamanya di Johan Setia, Klang tentang peranan orang awam dan tindakan agensi pelaksana dalam mencegah kebakaran di kawasan tanah gambut. Program ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran dan tanggungjawab pemilik-pemilik tanah di kawasan Revolusi Hijau Johan Setia terhadap pengurusan tanah gambut dan larangan pembakaran terbuka.