Penerangan
23 MEI 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Labuan yang diwakili oleh En. Shahrizan Bin Abdul Aziz, Penolong Pengarah PPTG WP Labuan.
Sesi ini telah diadakan bersama Pengarah JAS WP Labuan, Tn. Amir Hamzah Bin Haji Musa dan juga En. Mohd. Man Sah Bin Azman bertempat di pejabat PPTG WP Labuan.
JAS WP Labuan akan sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi memastikan matlamat kelestarian alam sekitar dapat dicapai serta memastikan WP Labuan sentiasa berada di hadapan dalam memastikan WP Labuan sentiasa berada dalam keadaan yang
terbaik.
#JASWPLabuan
#Labuanlestari