Penerangan
LAWATAN KERJA PENGARAH JAS NEGERI SABAH KE LAHAD DATU ??
??? Tarikh : 09-10 Jun2022 (Rabu & Khamis)
?? Masa: 8:00 pagi - 5.00 petang
?? Tempat:
??Lahad Datu Edible Oil Sdn Bhd (LDEO)
??FGV Palm Industries Sdn Bhd (KKS Hambaran Badai), Lahad Datu.
??FGV Refineries Sdn Bhd (Sahabat Oil Products) Lahad Datu.
???????*Kehadiran JAS: Tuan Amirul Bin Arifin, PKK Siti Nor Aisah Abdul Razak, PPKK Mohd Zikri Bin Ismail, PPKK Azman Bin Salamon, PJ Muhamad Shariff Bin Bolong, PO Rudi Bin Arifin dan Pelajar Praktikal Jas Tawau.
???????*Kehadiran Industri: Bahagian Pengurusan dan Operasi Lahad Datu Edible Oil Sdn Bhd, FGV Palm Industries Sdn Bhd (KKS Hamparan Badai), FGV Refineries Sdn Bhd (Sahabat Oil Products).
??????? Tujuan lawatan kerja Pengarah Jas Sabah bertujuan untuk memantau status pematuhan alam sekitar industri yang telah tersenarai seperti diatas terhadap pematuhan alam sekitar.
??????? Kesemua premis telah membentangkan status pematuhan industri masing-masing berkaitan dengan syarat-syarat lesen KKS, Kompeten Person, status perlaksanaan EMT, Sistem Kawalan Pencemaran Udara (SKPU), IETS, dan lain-lain berkaitan dengan pengurusan alam sekitar.
??????? Tuan Pengarah telah mengambil maklum pembentangan yang telah diberikan oleh pihak industri dan memperingatkan kesemua industri untuk terus memberikan komitmen berterusan ke arah pematuhan yang lebih tinggi terhadap alam sekitar di premis masing-masing. Beliau juga memaklumkan bahawa Jabatan ini dalam proses untuk memperketatkan lagi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sediaada bagi memastikan tindakan yang lebih tegas dikenakan terhadap penjenayah alam sekitar di masa akan datang.
??????? Selain itu, Pengarah juga memaklumkan pihak Jabatan Alam Sekitar Malaysia dalam usaha untuk melaksanakan sistem ranking/penarafan bintang ke arah pematuhan alam sekitar bagi semua industri yang terdapat di Malaysia. Beliau juga meminta supaya pihak industri sentiasa berhubungan dengan Pegawai JAS terutama JAS Cawangan Tawau jikalau terdapat sebarang permasalahan dalam pengurusan dan pematuhan alam sekitar.
??????? Secara keseluruhan, lawatan kerja Pengarah JAS Negeri Sabah bersama Jas Cawangan Tawau ke premis yang disenaraikan di atas adalah mencapai objektif dimana kedua pihak saling berinteraksi dan bertukar pandangan ke arah pengurusan dan pematuhan alam sekitar yang lebih tinggi di pihak industri mahupun penguatkuasaan oleh pegawai Jabatan ini.