Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- BENGKEL BAGI PROJEK RMK-12: PEMANTAPAN PELAKSANAAN PENILAIAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA – PENGUKUHAN SKIM JURURUNDING EIA
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 10/06/2022
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan>kelantan
Penerangan
BENGKEL BAGI PROJEK RMK-12: PEMANTAPAN PELAKSANAAN PENILAIAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA – PENGUKUHAN SKIM JURURUNDING EIA ??
?? Tarikh: 7 - 9 Jun 2022
?? Masa: 8.30 pagi - 10.30 malam
?? Tempat: The Grand Renai Hotel, Kota Bharu, Kelantan
???? Pengerusi: YBrs. Dr. TKPP & Puan Pengarah Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat
?? Anjuran: Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat
?? Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 30 orang hadir wakil Bahagian di JAS Ibu Pejabat & JAS Negeri
?? Kehadiran JAS Sabah: PP FM
?? Butiran Bengkel:
1?? Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendapatkan ulasan dan input lanjut daripada pegawai-pegawai EIA JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri mengenai draf akhir dokumen Garis Panduan Pendaftaran Jururunding EIA, Garis Panduan Pendaftaran Juruaudit Alam Sekitar & Garis Panduan Pelaksanaan Audit Alam Sekitar.
2?? Ketiga-tiga draf akhir dokumen garis panduan berkenaan telah dibentangkan oleh jururunding yang dilantik iaitu Enviro Enhance Sdn. Bhd. (EESB).
3?? Bengkel bersetuju dengan input cadangan daripada JAS Sabah bagi menyenaraikan Functional Area yang utama sahaja iaitu Air, Udara & Pengurusan Buangan dengan tambahan General Environmental Management & Bunyi Bising & Getaran untuk skim pendaftaran jururunding EIA di bawah kategori 'EIA Consultant' dan bidang Functional Area yang lain dan spesifik di bawah 'Subject Consultant/Specialist'.
4?? Bengkel juga bersetuju dengan cadangan input daripada JAS Sabah untuk menggugurkan kategori pendaftaran bagi Internal Auditor memandangkan tugas-tugas Environmental Officer (EO) & Competent Person (CP) adalah hampir sama dengan tugas-tugas dalam pelaksanaan audit.
5?? Bengkel juga bersetuju untuk mengambilkira pensijilan badan-badan profesional yang lain dalam pelantikan Subject Matter Experts (SMEs) untuk pelaksanaan kajian EIA dan audit alam sekitar selain daripada yang berdaftar di bawah skim pendaftaran jururunding EIA & Juruaudit JAS.