Penerangan
MESYUARAT MEMBINCANGKAN CADANGAN PROJEK KILANG LNG OLEH FAIRYIELD SDN. BHD. ??
??? Tarikh: 7 Jun 2022 (Selasa)
?? Masa: 9.30 Pagi
?? Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat 2, MID
??????? Pengerusi: SUT Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah
??????? Wakil JAS: KPP (P) YY
?? Agenda Mesyuarat:
??Pendahuluan Pengerusi Mesyuarat;
??Taklimat oleh Fairyield Sdn. Bhd. mengenai cadangan pelaburan LNG berskala kecil di KKIP;
??Sesi Perbincangan & Hal-hal Lain
??Penutup
?? Maklumat Awal & Input Mesyuarat:
??????? Aktiviti yang dicadangkan adalah kemudahan pengasingan, pemprosesan, pengendalian dan penstoran gas asli menjadi Liquefied Natural Gas (LNG) berskala kecil.
??????? Lokasi tapak yang dicadangkan terletak di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Kota Kinabalu. Aktiviti yang dicadangkan akan menggunakan 10-15 juta mmscf gas asli
??????? Terdapat 2 fasa. Jumlah pelaburan fasa 1 ialah USD 35 juta dan fasa 2 ialah USD 65 juta. LNG akan di hantar ke Tawau utk kegunaan janakuasa IPP di Tawau.
??????? Aktiviti yang dicadangkan adalah Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) di bawah Jadual Pertama, Aktiviti 9(c), Perintah EIA 2015 iaitu Pembinaan Kemudahan Pengasingan, Pemprosesan, Pengendalian dan Penstoran Gas Asli.
??????? Kajian EIA yang dilaksanakan hendaklah berdasarkan garis panduan EIA JAS yang terkini iaitu "EIA Guidelines for Petroleum Industries, 2018". Laporan EIA perlu dikemukakan kepada JAS Sabah untuk kelulusan dengan tempoh pemprosesan EIA adalah 25 hari berkerja atau 5 minggu.
??????? Selain itu, penggunaan Best Available Techniques (BATs) dengan merujuk kepada dua (2) dokumen BATs yang diterbitkan oleh JAS iaitu "Dokumen BATs bagi Penyimpanan dan Pengendalian Produk Petroleum" dan "Dokumen BATs bagi Industri Minyak & Gas" perlu diaplikasikan dalam semua proses pengeluaran kilang dan sistem kawalan pencemaran (SKP) yang dicadangkan bagi mengurangkan impak pencemaran kepada alam sekitar.