PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT BERSAMA POIC SABAH SDN BHD

DOE Sabah 10/06/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT BERSAMA POIC SABAH SDN BHD
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
10/06/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MESYUARAT BERSAMA POIC SABAH SDN BHD ?? ??? Tarikh : 03 Jun2022 (Jumaat) ?? Masa: 10.00 Pagi ?? Tempat: POIC Sabah Sdn Bhd, Tingkat 17, Wisma Perindustrian, Jalan Istiadat, Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah. ??????? Pengerusi: YB, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (Chairman POIC Sabah Sdn Bhd) Wakil JAS : PPKK Sakinah Abd Azis ?? Mesyuarat Mengenai Cadangan Mengimport E-Waste & Taklimat Mengenai Kitaran Ekonomi: ??????? Tujuan mesyuarat adalah bagi membincangan cadangan daripada pihak NCT Forwarding & Shipping Sdn Bhd untuk mengwujudkan fasiliti bagi memproses e-Waste di POIC Lahad Datu. ??????? NCT Forwarding & Shipping mencadangkan untuk mengimport e-Waste daripada luar negara kerana memaklumkam bahawa e-Waste yang dihasilkan di dalam negara adalah tidak mencukupi dan pihak NCT juga memaklumkan tiada lagi fasiliti ini di Sabah bagi menguruskan buangan tersebut. ??Pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah memaklumkan bahawa pengimportan e-Waste adalah tidak dibenarkan kerana Malaysia merupakan parti kepada Konvensyen Basel yang mana telah menetapkan bahawa sebarang pengimportan buangan berbahaya termasuk e-Waste untuk tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan akhir adalah dilarang. ?? Pihak JAS juga memaklumkan bahawa sekiranya e-Waste yang diambil daripada dalam negara tidak menjadi masalah tetapi sekiranya perlu diimport hanya Used Electric & Electrical Equipment yang direct reuse sahaja yang dibenarkan dan perkara ini perlu dimohon kepada JAS Ibu Pejabat. ??????? Pengerusi memaklumkan perkara ini perlu dikaji dan diteliti dengan melihat kepada negara- negara lain yang menjalankan aktiviti yang sama seperti dicadangkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan