PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT BERSAMA POIC SABAH SDN BHD & SEAG BAGI MEMBINCANGKAN ISU BERKAITAN SPENT BLEACHING EARTH (SBE)

DOE Sabah 10/06/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT BERSAMA POIC SABAH SDN BHD & SEAG BAGI MEMBINCANGKAN ISU BERKAITAN SPENT BLEACHING EARTH (SBE)
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
10/06/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MESYUARAT BERSAMA POIC SABAH SDN BHD & SEAG BAGI MEMBINCANGKAN ISU BERKAITAN SPENT BLEACHING EARTH (SBE) ?? ??? Tarikh: 27 Mei 2022 (Jumaat) ?? Masa: 9.30 Pagi - 12.00 Tengahari ?? Tempat: Tingkat 17, Bilik Mesyuarat POIC Sabah, Wisma Perindustrian Likas ??????? Pengerusi: YBhg. Datuk Fredian Gan (CEO POIC Sabah) ?????????????????? Kehadiran JAS Sabah: Pgh ABA, KC SNA & PP FM ?? Ringkasan Laporan Mesyuarat: ??????? Tujuan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan isu-isu berkaitan Spent Bleaching Earth (SBE) yang digunakan oleh pihak Industri di POIC, Lahad Datu (EcoOils Sdn. Bhd. & Gamalux Oils Sdn. Bhd.) dan pelupusan residue (DOBE & EPP). ??????? Wakil JAS Sabah memaklumkan SBE merupakan bahan bukan buangan terjadual dan diuruskan sebagai sisa pepejal industri. Walau bagaimanapun, di Indonesia SBE dikategorikan sebagai buangan berbahaya dan Negara Pengeksport (Indonesia) tertakluk untuk mengemukakan Notifikasi di bawah Basel Convention manakala Malaysia sebagai Negara Pengimport akan mengeluarkan kelulusan Permit Import. ??????? Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa kedua-dua premis EcoOils dan Gamalux telah mendapat kelulusan permit import SBE dari Indonesia daripada JAS Ibu Pejabat, Putrajaya yang masing-masing berjumlah 21,000 MT bagi tempoh 7 Oktober 2021 sehingga 31 Ogos 2022 dan berjumlah 25,100 MT 3 Februari 2022 sehingga 30 November 2022. ??????? Memandangkan terdapat penerimaan kuantiti SBE yang banyak daripada Indonesia, JAS Sabah telah menerima permohonan daripada POIC Sabah bagi pihak Gamalux cadangan penggunaan gudang tambahan untuk penyimpanan sementara SBE di Lot 35A, Fasa 2, POIC, Lahad Datu. Unit EIA & IP sedang meneliti permohonan dan draf surat ulasan teknikal akan disediakan dalam masa terdekat. ??????? Berhubung isu pencemaran hexane yang dibangkitkan oleh pihak SEAG, Wakil JAS Sabah juga telah memberi ulasan teknikal mengenai proses yang terlibat dalam penghasilan residue DOBE & EPP serta kesan pencemaran Hexane yang dijangkakan tidak signifikan berdasarkan kandungan Hexane dalam residue dan sifat fizikal dan kimia Hexane itu sendiri apabila terdedah di alam sekeliling. ??????? Mesyuarat mengambil maklum mengenai isu kekurangan bahan mentah SBE di Sabah menyebabkan pihak EcoOils & Gamalux terpaksa mengimport SBE daripada luar negara bagi membolehkan kedua-dua premis ini dapat meneruskan operasi premis dan sustain. ??????? Mesyuarat juga mengambil maklum bahawa residue yang terhasil daripada proses pengekstrakan minyak daripada SBE iaitu DOBE & EPP (earthy materials) juga bukan buangan terjadual, walau bagaimanapun, aplikasi seperti landfilling & soil conditioning yang melibatkan isipadu melebihi 40,000 m3 tertakluk di bawah keperluan EIA JPAS. Manakala bagi pelupusan bahan residue berkenaan yang mana merupakan sisa pepejal adalah tertakluk kepada kebenaran daripada Majlis Daerah Lahad Datu. ??????? Mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan JAS Sabah agar satu kajian khas dengan kerjasama antara agensi berkaitan dan UMS yang akan diketuai oleh MID Sabah bagi mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar jangka pendek dan jangka panjang daripada kerja-kerja pelupusan residue berkenaan ke atas/dalam tanah disamping memberi cadangan penyelesaian / alternatif pengurusan terbaik residue berkenaan untuk dilaksanakan oleh kedua-dua premis yang terlibat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan