PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

CEMAR SUNGAI BAHAI : LESEN KILANG SAWIT DIGANTUNG SERTA MERTA, KELENGKAPAN OPERASI DISITA

DOE Johor 10/06/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CEMAR SUNGAI BAHAI : LESEN KILANG SAWIT DIGANTUNG SERTA MERTA, KELENGKAPAN OPERASI DISITA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
10/06/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

KLUANG, 9 Jun 2022 : Susulan aduan awam yang diterima, JAS Cawangan Kluang telah menjalankan siasatan ke lokasi diadu pada 7 dan 8 Jun 2022 untuk mengenalpasti punca pencemaran. Siasatan lanjut JAS mendapati bahawa punca pencemaran adalah dari kawasan 'Empty Fruits Bunches' (EFB) sebuah kilang sawit di mana air ‘leachate’ yang terhasil telah mengalir tanpa kawalan ke alur air Sungai Bahai. Pihak kilang juga didapati menggunakan kaedah pelupusan di atas ‘staked fronds’ dengan menyembur ke lorong pelepah dan tidak terus ke atas tanah bagi efluen yang diolah bagi pelupusan atas tanah (‘furrow system’) sebagaimana ditetapkan dalam syarat lesen. Sehubungan itu, pihak kilang sawit telah dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan dan lesen kilang sawit telah digantung serta merta. Pihak industri terutamanya pemilik kilang sawit adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan syarat-syarat lesen yang ditetapkan oleh pihak JAS. Tindakan tegas termasuk menggantung atau membatalkan lesen akan diambil oleh JAS jika berlaku sebarang pelanggaran akta yang mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan bekalan air minuman atau kesihatan orang awam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan