Penerangan
28 MEI 2022, KANGAR - Selaras dengan kempen berterusan Hari Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) pada hari Sabtu terakhir setiap bulan, JAS Perlis komited dalam melaksanakan program di Perkarangan Tabika Kemas Kampung Che Ok, Tambun Tulang, Perlis.
Program ini juga disertai dengan aktiviti kutip sampah sambil beriadah di sekitar Sungai Tambun Tulang.
Setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan & penduduk kampung yang telah menjayakan program kali ini.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_mei2022