Penerangan
29 Mei, Kangar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis bagi menjayakan Kempen Penanaman Pokok Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Dan Kempen Penghijauan Malaysia Peringkat Negeri Perlis 2022.
Program telah disertai oleh agensi kerajaan, swasta, badan NGO dan institusi pengajian tinggi. Antara aktiviti yang diadakan adalah berbasikal, acara pelepasan, konvoi motosikal, kenderaan ATV, aktiviti sukan lasak dan penanaman pokok.
Perasmian disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_mei2022