Penerangan
KLUANG, 1 Jun 2022: Susulan aduan awam yang diterima, Jabatan Alam Sekitar(JAS) Cawangan Kluang telah menjalankan siasatan pada 1 Jun 2022 ke atas sebuah kilang kelapa sawit di Kluang dan mendapati berlaku pencemaran air yang berwarna keperangan sehingga menyebabkan ikan mati yang disyaki berpunca dari kilang tersebut. Efluen didapati dilepaskan secara terus melalui saluran paip dari takat pelepasan akhir dan mengalir berterusan ke alur air berdekatan tanpa sebarang kawalan.
Lesen kilang telah digantung serta merta dan kilang diarah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembaikan.
Pihak industri terutamanya operator kilang kelapa sawit adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan syarat-syarat lesen yang ditetapkan oleh pihak JAS.
Tindakan tegas termasuk menggantung atau membatalkan lesen akan diambil oleh JAS jika berlaku sebarang pelanggaran akta yang mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan bekalan air minuman atau kesihatan orang awam.