Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- AKTIVITI LAWATAN TAPAK SEKITAR TAMAN PERUMAHAN SEREMBAN 2 BAGI KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 03/06/2022
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
Penerangan
AKTIVITI LAWATAN TAPAK SEKITAR TAMAN PERUMAHAN SEREMBAN 2 BAGI KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
2 JUN 2022, Seremban - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan tapak bersama penganjur IJM Land serta agensi terlibat iaitu SWM dan SW Corp ke taman-taman perumahan terpilih sekitar Seremban 2 bagi program promosi dan pengumpulan e-waste sempena Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 pada 5 Jun 2022.
Aktiviti pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) di kalangan penduduk taman perumahan ini merupakan inisiatif ke arah kesedaran mengitar semula BEE sekaligus mempromosikan kempen kitar semula e-wsste dengan memberi pendedahan serta penerangan mengenai kepentingan menguruskan dan melupuskan BEE dengan betul.
Diharap aktiviti pengumpulan BEE ini memupuk dan meningkatkan kesedaran mengitar semula e waste agar kesedaran ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar akan berterusan kepada seluruh warga taman-taman perumahan di Negeri Sembilan.