Penerangan
TANAH RATA, 02 Jun 2022 - Jabatan Alam Sekitar Cawangan Cameron Highlands menjalankan siasatan penguatkuasaan terhadap projek perumahan yang tertakluk EIA.
Notis Arahan dikeluarkan kepada pemaju bagi memastikan pematuhan terhadap akta dan peraturan yang berkaitan.
JAS mengingatkan kepada semua penggerak projek agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.