Penerangan
KUALA TERENGGANU, 26 Mei 2022,– Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman terus memberi komitmen dalam menjayakan Majlis Bacaan Yaasin yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JAS Terengganu.
Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan, Encik Mohd Norli yang juga memimpin bacaan yaasin.
Pegawai-pegawai kanan dan seluruh warga JAS Terengganu, yang berpejabat di Kuala Terengganu dan di Cawangan Kemaman hadir secara fizikal dan juga atas talian.
Sesi post- mortem berkaitan penganjuran program komuniti tanah gambut sempena sambutan Hari Bumi 2022, juga turut dibincangkan, sebagai usaha memperbaiki program-program kesedara dan pendidikan bersama orang awam.