Penerangan
KUALA TERENGGANU, 30 Mei 2022- YBrs. Encik Shafiee Yasin, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan pegawai-pegawai kanan, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat Putrajaya telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak Syarikat CJ BIO (M) Sdn. Bhd. yang beroperasi di Taman Industri Biopolimer, Kertih, daerah Kemaman.
Sesi libat urus ini, turut disertai oleh Ketua Cawangan Kemaman, Encik Wan Azuan bin Wan Omar bersama pasukan penguatkuasaan JAS Cawangan Kemaman.
Antara agenda utama dalam sesi ini, adalah bagi mendapatkan status pematuhan terkini operasi kilang ini terhadap peruntukan yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan.
Sesi ini juga sebagai platform bagi JAS untuk mendengar dan memberi khidmat nasihat berkaitan pematuhan syarat-syarat yang telah diperuntukan di bawah Seksyen 34A(7) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan dengan kawalan pencemaran air, udara dan bahan berbahaya, dikategorikan sebagai buangan terjadual
Pendekatan turun padang oleh JAS dalam memperkasakan tindakan penguatkuasaam diharap dapat menyelesaikan isu-isu alam sekitar secara komprehensif dan berkesan.