Penerangan
KUALA TERENGGANU, 30 Mei 2022 – YBrs. Encik Encik Ramli Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah mempengerusikan sesi libat urus bersama pihak industri.
Sesi ini diadakan susulan daripada permohoan pihak industri untuk membentangkan status pematuhan kendiri premis ke atas peruntukan undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan berkaitan.
JAS Terengganu sentiasa memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk mengadakan perbincangan dan tidak akan menghalang sebarang projek pembangunan dan industri yang memenuhi keperluan garis panduan dan Akta berkenaan.