Penerangan
OPERASI PENGUATKUASAAN EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH
23 MEI 2022 - Alor Setar, Kedah.
Unit Penguatkuasaan EIA JAS Negeri Kedah yang disertai oleh dua (2) orang pegawai penguatkuasa telah menjalankan pemeriksaan pematuhan syarat-syarat kelulusan Laporan EIA di tapak projek pembangunan EIA yang aktif dengan kerja-kerja tanah di Kulim dan Sungai Petani, Kedah.
Arahan lapangan telah dikeluarkan untuk memastikan penggerak projek sentiasa mematuhi syarat-syarat yang telah diluluskan.
Program penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua penggerak projek mematuhi kesemua syarat kelulusan Laporan EIA dan Akta Kualiti Alam Sekeling 1974.