Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Kunjungan Hormat dan perbincangan berkaitan Pengurusan Buangan Terjadual Secara Bersepadu
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 31/05/2022
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Putrajaya>Ibu Pejabat
Penerangan
Satu sesi Kunjungan Hormat dan perbincangan berkaitan Pengurusan Buangan Terjadual Secara Bersepadu oleh pihak Alam Flora Group bersama Jabatan Alam Sekitar Putrajaya telah diadakan pada 24 Mei 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Pn. Mashitah Binti Darus, Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar (Operasi) mewakili Ketua Pengarah Alam Sekitar. Turut hadir ialah Y. Brs. Ts. Azlan Bin Ahmad, Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya, dua (2) orang pegawai kanan Bahagian Bahan Berbahaya dan lima (5) orang pegawai daripada Alam Flora Group.