Penerangan
KUALA LIPIS, 28 Mei 2022 - Pegawai Penguatkuasa JAS Cawangan Cameron Highlands menjalankan pemantauan dan pencegahan pembakaran terbuka di sekitar Daerah Lipis pada cuti hujung minggu.
Jabatan Alam Sekitar akan sentiasa memberi perhatian serius mengenai kes pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000.00 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut.