Penerangan
TEMERLOH, 28 Mei 2022 - Susulan aduan habuk berwarna putih di atas kenderaan di kawasan berhampiran kawasan perindustrian Temerloh, pasukan penyiasat JAS Cawangan Temerloh telah menjalankan rondaan sekitar kawasan industri sejak waktu tengahari hingga ke waktu malam bagi mengenalpasti punca habuk tersebut. Pemerhatian pelepasan asap cerobong dari luar kawasan kilang dan pemeriksaan terhadap prestasi alat kawalan pencemaran udara di beberapa kilang di kawasan tersebut juga dijalankan.
Tindakan tegas akan dikenakan terhadap sebarang ketidakpatuhan terhadap kehendak peraturan-peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.