PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR DAERAH CAMERON HIGHLANDS DAN LIPIS

DOE Pahang 31/05/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR DAERAH CAMERON HIGHLANDS DAN LIPIS
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/05/2022
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang

Penerangan

CAMERON HIGHLANDS, 20 Mei 2022 - Pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Cameron Highlands telah melaksanakan Ops Gempur dan pemeriksaan ke atas premis-premis yang berpotensi mencemar alam sekitar di sekitar Daerah Cameron Highlands serta Daerah Lipis pada 17 mei 2022 sehingga 20 mei 2022. Sebanyak 12 premis telah diperiksa sepanjang Ops Gempur meliputi industri berat, industri ringan, tapak pelupusan sampah dan loji pengolahan kumbahan. 12 Field Citation, 1 Notis Arahan dan 2 kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan terhadap peraturan yang berkaitan. Persampelan air kumbahan dan air larut resapan juga dilaksanakan untuk dianalisa. Tindakan penguatkuasaan susulan tegas akan diambil jika terdapat ketidakpatuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya. JAS mengingatkan kepada semua premis agar sentiasa mematuhi AKAS 1974 bagi tiada tindakan undang-undang akan dikenakan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan