Penerangan
KUANTAN, 19 Mei 2022 - Program Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Syarahan Kempen Pulihkan Bumi Kita sempena Sambutan Hari Bumi 2022 bertempat di SMK Abdul Rahman Talib.
Program ini di anjur bersama TDK Lambda Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama JAS Pahang dan SMK Abdul Rahman Talib. Program ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Muhammad Hisyam bin Abdullah, JAS Pahang dan Puan Salamiah binti Saat dari TDK Lambda Malaysia Sdn Bhd.
Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Hajah Maznah binti Ariffin, Pengetua SMK Abdul Rahman Talib di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.