Penerangan
TANAH RATA, 15 Mei 2022 - Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Cameron Highlands menjalankan pemantauan dan pencegahan pembakaran terbuka di sekitar Daerah Cameron Highlands mendapati tiada kes pembakaran terbuka semasa rondaan.
Selain itu, pemantauan udara turut dijalankan pada Insinerator Cameron Highlands bagi memastikan premis patuh dibawah Peraturan Udara Bersih 2015.
Jabatan Alam Sekitar sentiasa memberi peringatan kepada orang awam mengenai tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000.00 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut.