PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR “PENGUMPULAN & PELUPUSAN E-WASTE DAN BARANGAN KITAR SEMULA

DOE Pahang 31/05/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR “PENGUMPULAN & PELUPUSAN E-WASTE DAN BARANGAN KITAR SEMULA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/05/2022
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang

Penerangan

RINGLET, 12 Mei 2022 - Program Kempen Kesedaran Alam Sekitar, pengumpulan buangan barang peralatan elektrik dan elektronik (e-waste) telah dilaksanakan di SJK(T) Ringlet dengan penyertaan komuniti setempat . Program yang dilaksanakan oleh JAS Cawangan Cameron Highlands dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands, SJK(T) Ringlet, TNB Research Sdn Bhd, SW Corp Cameron Highlands dan EDSHA Solutions Sdn Bhd. Antara aktiviti lain turut mengadakan pertandingan mewarna dan melukis bertemakan alam sekitar peringkat prasekolah sekitar Ringlet. Jabatan Alam Sekitar menyeru orang awam untuk menghantar e-waste dari isi rumah ke mana-mana pusat pengumpulan yang berdaftar atau kemudahan pemerolehan kembali yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Komponen di dalam E-waste mengandungi bahan-bahan toksik dan berbahaya seperti merkuri, plumbum, kadmium, arsenik, bromin, berilium, dan pelbagai lagi yang akan meresap ke dalam bumi dan seterusnya sumber air serta mengancam hidupan akuatik dan manusia jika e-waste tidak dilupuskan secara mesra alam.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan